Iran kuasai ruang udara Israel: IRGC

TEHRAN, 18 Jun – IRGC mengatakan angkatan bersenjata Iran kini menguasai ruang udara Israel.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengeluarkan kenyataan selepas melancarkan gelombang serangan baharu ke atas Israel awal Rabu sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim Tel Aviv di bumi Iran.

Dalam kenyataan itu, IRGC mendedahkan bahawa ia telah menyerang wilayah yang diduduki dengan peluru berpandu Fattah generasi pertama.

Kenyataan itu menambah bahawa peluru berpandu Fattah berjaya melepasi perisai pertahanan peluru berpandu Israel malam ini (malam tadi) dan berulang kali menggegarkan tempat perlindungan pengecut Zionis.

“Serangan peluru berpandu malam ini (malam tadi) menunjukkan bahawa kami telah mendapat kawalan sepenuhnya ke atas langit wilayah yang diduduki,” kata IRGC, sambil menambah bahawa penduduk Israel kini benar-benar tidak berdaya melawan serangan peluru berpandu Iran.

MEHR

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi