Israel bunuh sekurang-kurangnya 40 di Gaza, kereta kebal perdalam serbuan di utara

GAZA — Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ketika tentera Israel mengetatkan kepungan mereka di sekitar Jabalia di utara kawasan itu pada Selasa, di tengah pertempuran sengit dengan pejuang pimpinan Hamas.

Pegawai kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam tembakan Israel berhampiran Al-Falouja di Jabalia, yang terbesar daripada lapan kem pelarian bersejarah di Gaza, manakala 10 yang lain terbunuh di Bani Suhaila di timur Khan Younis di selatan apabila peluru berpandu Israel melanda sebuah rumah.

Terdahulu pada Selasa, serangan udara Israel memusnahkan tiga rumah di pinggir bandar Sabra di Kota Gaza, dan perkhidmatan kecemasan awam tempatan berkata mereka menemui dua mayat dari tapak, sementara pencarian diteruskan untuk 12 orang lain yang dipercayai berada di dalam rumah tersebut pada masa serangan.

Lima lagi terbunuh apabila sebuah rumah dihentam di kem Nuseirat di tengah Gaza.

Jabalia telah menjadi tumpuan serangan Israel selama lebih 10 hari, dengan tentera kembali ke kawasan di utara yang mengalami pengeboman hebat pada bulan-bulan awal perang selama setahun.

Operasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Palestin dan agensi PBB bahawa Israel mahu membersihkan penduduk dari utara kawasan yang sesak itu, satu tuduhan yang dinafikannya.

Sementara itu kementerian kesihatan di Gaza berkata pada Selasa sekurang-kurangnya 42,344 orang telah terbunuh dalam perang antara Israel dan militan Palestin.

Jumlah itu termasuk 55 kematian dalam 24 jam sebelumnya, menurut kementerian itu, yang menyatakan 99,013 orang cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila militan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober 2023.

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata pada Selasa, tentera Israel nampaknya “memangkas Gaza Utara sepenuhnya dari seluruh Semenanjung Gaza.”

“Di tengah-tengah permusuhan yang berterusan dan perintah pemindahan di utara Gaza keluarga menghadapi ketakutan yang tidak dapat dibayangkan, kehilangan orang tersayang, kekeliruan, dan keletihan. Orang ramai mesti dapat melarikan diri dengan selamat, tanpa menghadapi bahaya lagi,” kata Adrian Zimmerman, ketua sub-delegasi ICRC Gaza, dalam satu kenyataan.

“Ramai, termasuk yang sakit dan kurang upaya, tidak boleh pergi, dan mereka kekal dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa – semua langkah berjaga-jaga yang mungkin perlu diambil untuk memastikan mereka kekal tidak cedera. Setiap orang yang berpindah mempunyai hak untuk pulang dengan selamat,” tambahnya.

AN-REUTERS

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear