BUDAPEST – Israel tidak mencari konflik dengan Turki di Syria, kata seorang pegawai kanan Israel pada Jumaat, berikutan beberapa hari peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara dan serangan Israel ke atas tapak tentera di Syria.

“Kami tidak mencari konflik dengan Turki dan kami berharap Turki tidak mencari konflik dengan kami,” kata pegawai itu, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu pemberita.

“Tetapi kami juga tidak mahu melihat pengubuan Turki di sempadan kami dan terdapat pelbagai cara untuk menangani perkara ini,” kata pegawai itu.

REUTERS


Facebook Posts