NEW YORK – Sebuah jet pejuang terhempas di Teluk San Diego, California, Amerika Syarikat (AS), dengan dua juruterbang terbabit melentingkan diri sebelum pesawat itu terkena air, kata media AS.
Jet pejuang itu, E/A-18 G Growler, terhempas di Teluk San Diego, dekat Naval Air Station North Island, pada Rabu.
Kedua-dua juruterbang itu diselamatkan dari air dan dibawa ke hospital.
Insiden itu adalah yang terbaru dalam siri kemalangan udara yang hampir berulang-ulang di AS yang menimbulkan persoalan tentang keselamatan penerbangan.
Pada Isnin, sebuah pesawat merempuh sebuah lagi di Lapangan Terbang Scottsdale di Arizona, membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.
Pada 29 Januari, 67 orang terbunuh apabila pesawat penumpang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Nasional Reagan dekat Washington, DC, bertembung dengan helikopter tentera AS di udara.
IRNA