Jho Low didakwa pindah AS$406,000 kepada Kim Kardashian dan bekas suami, AS$2,025,000 kepada Pharrel

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa dalang di sebalik penipuan kewangan global, memindahkan AS$406,000 kepada selebriti mega Hollywood, Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humphries.

Perkara itu didedahkan penyiasat penipuan kewangan, Richard Templeman ketika memberikan keterangan dari pejabatnya di United Kingdom (UK) hari ini dalam kes saman AS$6.59 bilion difailkan 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

Saman difailkan syarikat berkenaan terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy.

Melalui prosiding perbicaraan yang dijalankan melalui aplikasi Zoom itu, Templeman melalui pernyataan saksinya, berkata Jho Low turut memindahkan AS$2,025,000 kepada penyanyi dan komposer, Pharrell Williams melalui Talamasca Inc.

Templeman yang mempunyai pengalaman 24 tahun menyiasat penipuan jenayah kewangan yang kompleks, berkata siasatannya mendedahkan JhoLow memindahkan berjuta-juta dolar, didakwa diterima daripada 1MDB melalui syarikat samaran, Good Star Ltd.

Menurutnya, Jho Low memperoleh dana itu daripada perjanjian usaha sama di antara 1MDB dengan PetroSaudi Limited, di mana AS$1.03 bilion telah diseleweng dan dipindahkan secara salah kepada Good Star.

Beliau berkata, pada 25 Oktober 2011, 1MDB memindahkan AS$1.03 bilion ke dalam akaun Good Star untuk manfaat penyagak kewangan itu, melalui beberapa siri transaksi kepada syarikat luar pesisir.

Dana itu, katanya, antara lain digunakan untuk manfaat peribadi rakan konspirasi, saudara-mara dan sekutu mereka.

Tambahnya, Good Star juga memindahkan AS$13.5 juta ke akaun Bank Riyad atas nama Putera Faisal Bin Turki Al-Saud dan Putera Saud Bin Abdulaziz Al-Saud (dikenali sebagai akaun Al-Saud).

Templeman mendakwa, pemindahan itu dibuat dalam dua peringkat, iaitu AS$12 juta pada 10 Jun 2011 dan AS$ 1.5 juta pada 30 Jun 2011.

Pada 13 Jun 2011, sejurus menerima AS$12 juta dari Akaun Good Star, katanya, AS$10 juta dipindahkan daripada Akaun Al-Saud ke akaun AmBank (AmPrivate Banking-MR) milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya menyemak penyata bank untuk akaun AmBank Najib dan dapat memadankan kira-kira jumlah masuk dalam Ringgit Malaysia dengan transaksi yang dinyatakan dibayar dalam Dolar AS dengan menggunakan penukaran mata wang,” katanya.

Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan atas dakwaan mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan syarikat itu kerugian AS$1.83 bilion.

Kerugian itu berkait pelaburannya dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang kemudian ditukar kepada Brazen Sky Limited investment dan dikatakan boleh didapati dalam Dana Bridge Global.

1MDB juga mendakwa, Arul Kanda dan Mohd Irwan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng dana syarikat itu AS$3.5 bilion, yang dibayar kepada Aabar Investments dan AS$1.265 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.

Mohd Irwan turut didakwa bersekongkol dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membayar jumlah yang besar, iaitu RM2,905,200 kepada Arul Kanda mengikut perjanjian itu.

Bayaran itu didakwa dibuat tanpa mengira kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan ia mengalami kerugian serta kerosakan.

Justeru, 1MDB antara lain menuntut kedua-dua defendan membayar AS$6.59 bilion bagi pelanggaran itu dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berhubung Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.

Pada 2022, syarikat itu turut memfailkan saman AS$8 bilion terhadapNajib dan tujuh pihak lain.

Prosiding dijalankan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
šŸ”„Malaysia spotšŸšššŸ”„COD OOTD šŸ‘High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
šŸ”„PROMOSI HEBATšŸ”„ [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
šŸ”„PROMOSI HEBATšŸ”„ [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
šŸ”„100% PREMIUM COTTONšŸ”„ CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
怐READY STOCK怑Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear