KUALA LUMPUR — Seorang pegawai kanan polis ditahan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman ketika bersama seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan sah dengan dirinya di sebuah kediaman di Cheras di sini, semalam.

Penahanan pegawai kanan yang bertugas di Perak itu dilakukan cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira jam 1.40 pagi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan oleh JIPS.

“Saya sahkan pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah dengan dirinya.

“Penahanan itu dibuat selepas kita (JIPS) menerima maklumat adanya aktiviti bersekedudukan berlaku membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

BH ONLINE