BERLIN – Angka kematian dalam serangan ke atas pasar Krismas di bandar Magdeburg di Jerman bulan lalu meningkat kepada enam apabila seorang wanita meninggal dunia akibat kecederaannya, kata pendakwa raya pada Isnin.

Pendakwa raya di Naumburg berkata wanita berusia 52 tahun itu meninggal dunia di hospital, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pihak berkuasa berkata, yang lain yang maut ialah empat wanita berusia 45, 52, 67 dan 75, serta seorang budak lelaki berusia 9 tahun.

Lebih 200 orang cedera dalam serangan 20 Dis.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek, yang ditahan serta-merta selepas dia memandu kereta disewa melalui pasar yang sesak pada awal petang Jumaat, sebagai doktor Arab Saudi yang tiba di Jerman pada 2006 dan telah menerima pemastautin tetap.

Menurut mereka, dia tidak sesuai dengan profil biasa pelaku serangan ekstremis.

Lelaki itu menggambarkan dirinya sebagai bekas Muslim yang sangat kritikal terhadap Islam, dan di media sosial menyatakan sokongan kepada sayap kanan.

AN-AP