MOSCOW — Angka kematian akibat serangan pada Ahad di selatan Republik Dagestan Rusia meningkat kepada 20, kata menteri kesihatan wilayah itu pada Isnin.
“Akibat serangan pengganas di bandar Makhachkala dan Derbent pada 23 Jun, 46 orang cedera,” kata Tatyana Belyaeva di media sosial sambil menambah 20 orang terbunuh, termasuk penguat kuasa undang-undang dan orang awam.
Tembakan berlaku pada Ahad di dua gereja ortodoks, sinagog dan pos polis trafik di bandar pantai Derbent dan ibu kota Dagestan, Makhachkala, dengan laporan sebelum ini menunjukkan bahawa 15 orang telah terbunuh dan berpuluh-puluh cedera.
Isnin hingga Rabu diisytiharkan sebagai hari berkabung bagi mangsa serangan.
XINHUA