TANJUNG MALIM — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari bertambah kepada 108 mangsa, petang ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Husin, berkata pertambahan seramai 77 mangsa membabitkan mangsa dari Kampung Leonardo, Kampung Kampung Ketoyong dan terbaharu Kampung Berop.

Katanya, seramai 20 keluarga di pindahkan ke PPS SMK Khir Johari setakat petang ini.

“Jumlah mangsa Kampung Sri Behrang dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen kekal dengan lima mangsa membabitkan sebuah keluarga.

“Hasil pemantauan mendapati keadaan cuaca masih mendung dan sungai berdekatan juga semakin surut,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Shahrizal berkata, pihak APM akan membuat pemantauan secara berkala di lokasi berkenaan bagi memastikan mangsa banjir dapat dipindahkan dengan selamat.

BH ONLINE