‘Kalau soal makan, soal beras tak dapat selesai, apa maknanya belanjawan berbilion’ – Hassan Karim

KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Parlimen kerajaan membangkitkan mengenai isu beras putih tempatan (BPT) yang didakwa sehingga kini hampir tidak terdapat di pasaran.

Membandingkan dengan beras putih import (BPI) yang lebih banyak di pasaran, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menyarankan kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) termasuk agensi Kawal Selia Padi dan Beras untuk bercakap benar mengenai situasi BPT dalam pasaran negara

“Saya ingin kemukakan satu persoalan (mengenai) subsidi yang banyak yang Parlimen akan luluskan (melalui Belanjawan 2025) dan diperuntukkan kepada KPKM ini, tapi tak dapat menyelesaikan masalah.

“Saya ingin (tanya) kementerian dan unit di bawahnya iaitu Kawal Selia Padi dan Beras… soalan saya kenapa sampai sekarang BPT hampir tidak ada di pasaran.

“Petang semalam saya tengok di kawasan saya (ada) beras import saja. BPT yang kerajaan bawa (dari) luar dan Parlimen luluskan (subsidinya) berbilion-bilion ringgit tapi tidak ada (stok),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2025) peringkat jawatankuasa bagi KPKM di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut persoalannya beras import lebih banyak berbanding BPT, beliau menegaskan ia sudah mengundang satu persepsi dalam kalangan rakyat, lantas KPKM dan agensi bertanggungjawab perlu memperjelaskannya.

“Ini persepsi rakyat tolong jawab. Kalau ya kata ya, kalau tidak kata tidak. Adakah beras import yang dijual di kedai dan pasar-pasar itu sebenarnya, sepenuhnya BPT atau campuran sebahagian tempatan dan sebahagian import, benar atau tidak perkara ini.

“Jadi saya nak tanya unit Kawal Selia Padi dan Beras, anda diberi kuasa yang besar oleh Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522)… apa yang unit kawal selia ini lakukan… kementerian, menteri, timbalan menteri tolong pantau,” katanya.

Hassan secara sinis turut berkata membangkitkan persoalan kepada kerajaan apakah rakyat perlu menunggu 20 tahun atau dua penggal lagi untuk selesaikan isu bekalan BPT.

“Kalau soal makan, soal beras tak dapat selesai, apa maknanya belanjawan berbilion kalau soal makan pun tak beres,” katanya.

Tambahnya lagi, meskipun pandemik wabak COVID-19 sudah berakhir, beliau hairan mengapa isu kekurangan BPT dalam pasaran masih berlaku.

“Kita jadi kerajaan dan saya ‘backbencher’ (penyokong) kerajaan bukan baru dua bulan, bukan baru dua minggu., tetapi sudah dua tahun (isu beras) tak selesai. Malu saya.

“Kerajaan sediakan (subsidi) dan Parlimen Insya-Allah akan luluskan untuk belanjawan tahun depan. Jadi kerajaan telah berbelanja untuk tahun ini. Ini sudah November. Kita luluskan tahun lepas tapi berbilion ringgit telah kita keluarkan, soal keterjaminan makanan ini tak selesai.

“Satu kilogram (kg) BPT (berharga) RM2.60. Murah. Atas kertas apa makna harga BPT itu murah, tapi tak ada (stok). Yang ada beras import yang mahal.

“Takkan dalam dua tahun, COVID-19 sudah tak ada lagi… Takkan tak boleh selesaikan perkara ini. Nak tunggu 20 tahun, dua penggal pilihan raya lagi? Ini kena selesaikan,” katanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear