OTTAWA — Kanada pada Sabtu memberi amaran kepada rakyatnya untuk mengelak semua perjalanan ke Israel, mengatakan konflik bersenjata serantau membahayakan keselamatan.

“Situasi keselamatan boleh merosot lagi tanpa amaran,” kata kerajaan Kanada dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan, meningkatkan tahap risiko perjalanan ke Israel.

“Sekiranya konflik bersenjata semakin meningkat, ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk berlepas dengan cara komersial. Ia mungkin mengakibatkan gangguan perjalanan, termasuk penutupan ruang udara dan pembatalan penerbangan dan lencongan,” kata nasihat perjalanan itu.

AN – REUTERS

LATEST POSTS