Kanada saman Google atas dakwaan amalan antipersaingan dalam iklan dalam talian

Biro Persaingan Kanada mengatakan Google telah “melanggar undang-undang” mengikat bersama alat teknologi iklannya untuk mengekalkan kedudukan pasaran dominannya. (Foto fail AP)

TORONTO — Badan pemerhati antitrust (antipakatan, antimonopoli) Kanada berkata pada Khamis ia menyaman Google atas dakwaan kelakuan antipersaingan dalam perniagaan pengiklanan dalam talian gergasi teknologi itu dan mahu syarikat itu menjual dua perkhidmatan teknologi iklannya dan membayar penalti.

Biro Persaingan berkata bahawa tindakan sedemikian adalah perlu kerana penyiasatan terhadap Google mendapati bahawa syarikat itu “secara tidak sah” mengikat bersama alat teknologi iklannya untuk mengekalkan kedudukan pasaran dominannya.

Perkara itu kini menuju ke Tribunal Persaingan, sebuah badan separa kehakiman yang mendengar kes-kes dikemukakan oleh pesuruhjaya persaingan mengenai ketidakpatuhan Akta Persaingan.

Biro itu meminta tribunal mengarahkan Google menjual pelayan iklan penerbitnya, DoubleClick for Publishers dan pertukaran iklannya, AdX. Ia menganggarkan Google memegang bahagian pasaran sebanyak 90 peratus dalam pelayan iklan penerbit, 70 peratus dalam rangkaian pengiklan, 60 peratus dalam platform sisi permintaan dan 50 peratus dalam pertukaran iklan.

Penguasaan ini, kata biro itu, telah tidak menggalakkan persaingan daripada pesaing, menghalang inovasi, meningkatkan kos pengiklanan dan mengurangkan pendapatan penerbit.

“Google telah menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pengiklanan dalam talian di Kanada dengan melibatkan diri dalam tingkah laku yang mengunci peserta pasaran menggunakan alat teknologi iklannya sendiri, mengecualikan pesaing dan memutarbelitkan proses persaingan,” Matthew Boswell, Pesuruhjaya Persaingan, berkata dalam satu kenyataan.

Google, bagaimanapun, mengekalkan pasaran pengiklanan dalam talian adalah sektor yang sangat kompetitif.

Dan Taylor, naib presiden iklan global Google, berkata dalam satu kenyataan bahawa aduan biro “mengabaikan persaingan sengit di mana pembeli dan penjual iklan mempunyai banyak pilihan.”

Kenyataan itu menambah bahawa Google berhasrat untuk mempertahankan dirinya terhadap dakwaan itu.

Pengawal selia AS mahu hakim persekutuan memecah belah Google bagi menghalang syarikat itu daripada terus membendung persaingan melalui enjin carian dominannya selepas mahkamah mendapati ia mengekalkan monopoli kesat sepanjang dekad yang lalu.

Cadangan pemisahan itu, diapungkan dalam dokumen setebal 23 halaman yang difailkan bulan ini oleh Jabatan Kehakiman AS, menggesa hukuman menyeluruh yang termasuk penjualan pelayar web Chrome yang terkemuka dalam industri Google dan mengenakan sekatan untuk menghalang Android daripada memihak kepada enjin cariannya sendiri.

AN-AP

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear