OTTAWA — Kanada pada Khamis mengumumkan ia mengenakan sekatan ke atas tujuh individu dan lima entiti atas peranan mereka dalam memudahkan, menyokong, atau menyumbang kewangan kepada serangan penjajah Israel terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Kanada menjelaskan sekatan baharu itu termasuk tujuh individu dan lima entiti kerana memudahkan atau menyumbang kewangan kepada tindakan keganasan yang dilakukan oleh penjajah Israel yang ekstremis terhadap orang awam Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat.
Kenyataan itu menjelaskan “keganasan oleh peneroka pelampau telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dan tanah pertanian warga Palestin.”
Bulan lalu, Kanada telah pun mengenakan sekatan ke atas empat penjajah yang terlibat dalam melakukan serangan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sebagai makluman, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, dan New Zealand juga telah mengenakan sekatan ke atas penjajah yang terlibat dalam serangan terhadap orang awam Palestin.
WAFA, 27 Jun 2024