LAHAD DATU — Seorang budak lelaki lapan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Telisai di sini, malam tadi.

Mayat Mohd Qalish Abdul Jumain ditemukan dalam bilik rumah berkenaan oleh anggota bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.46 malam.

Katanya, sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.

“Api dapat dikawal jam 10.54 malam dan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung jam 10.59 malam. Pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada polis.

“Operasi ditamatkan pada 12.45 tengah malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

BH ONLINE

LATEST POSTS