
DUBAI – Kapal pengangkut pesawat kedua Amerika Syarikat (AS) tiba di luar pantai Yaman ketika Washington meningkatkan serangannya ke atas sasaran militia Houthi, menurut imej satelit baharu.
USS Carl Vinson beroperasi di laluan perkapalan utama di timur laut pulau Socotra di Lautan Hindi dekat muara Teluk Aden.
Pengangkut itu diiringi oleh kapal penjelajah peluru berpandu kelas Ticonderoga USS Princeton dan dua kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, USS Sterett dan USS William P Lawrence.
AS menghantar Vinson untuk menyokong kapal pengangkut USS Harry S Truman, yang telah melancarkan serangan udara terhadap Houthi sejak 15 Mac.
Rakaman video dikeluarkan oleh Tentera Laut AS menunjukkan Vinson menyediakan ordinan dan melancarkan jet pejuang F-35 dan F/A-18 dari deknya. Perintah Pusat AS juga menyiarkan video yang mengatakan “serangan 24/7” terhadap Houthi oleh kedua-dua kapal pengangkut itu.
AN-AP