BUENOS AIRES – Kebakaran hutan memusnahkan kira-kira 1,450 hektar Taman Negara Nahuel Huapi yang ikonik di wilayah selatan Argentina, Rio Negro, lapor pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Kebakaran berlaku pada Rabu di bahagian selatan taman itu dan telah merebak ke arah utara Tasik Martin, mencapai kawasan yang sudah musnah akibat kebakaran hutan pada 2022, kata laporan daripada pentadbiran taman itu.

“Atas sebab keselamatan, laluan di bahagian selatan dan tengah kawasan perlindungan telah ditutup,” katanya.

Menurut pihak berkuasa tempatan, asap daripada kebakaran hutan “sudah menjejaskan bandar Bariloche,” salah satu destinasi pelancongan utama Argentina, yang terkenal dengan cerun ski pada musim sejuk dan tasik serta gunung pada musim panas.

XINHUA