Kelantan diminta beri penjelasan isu 54 kelulusan penerokaan hutan

GUA MUSANG — Terdapat 54 kelulusan penerokaan hutan yang membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar dikatakan diluluskan kerajaan negeri sejak 2022 sehingga kini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim itu turut menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri.

Katanya, berdasarkan rekod kemasukan permohonan kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), pihaknya mengesan 54 kelulusan baharu penerokaan hutan atas pelbagai maksud seperti ladang hutan, pengkayaan hutan dan lombong di kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri.

“Kebanyakan penerokaan ini membabitkan kawasan hutan Ulu Nenggiri, Mukim Bertam. Di saat PAS Kelantan atau kerajaan negeri mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan adil, rakyat di bawah, terutama di Nenggiri masih bergelut sekian lama untuk mendapatkan geran milik tanah,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Bukit Cekati, di sini, hari ini.

Mohd Syahbuddin berkata, pemimpin PAS Kelantan tidak perlu bercerita mengenai pembangunan di daerah ini kerana Kerajaan Persekutuan melalui KESEDAR sudah melakukan yang terbaik untuk membangunkan kawasan ini.

“Setiap kali pengumuman bajet Kelantan, Gua Musang sering ditinggalkan dalam kebajikan seperti contoh rumah mampu milik kerajaan negeri.

“Sudah 34 tahun rakyat di Nenggiri terpaksa menanggung kemusnahan alam sekitar, terutama Orang Asli namun hasilnya diperoleh kerajaan negeri dan penerima pajakan atau projek tanpa ada pulangan yang wajar kepada rakyat Nenggiri,” katanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear