GAZA – Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Khamis, lebih 46,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang Israel-Hamas, tanpa penamat bagi konflik selama 15 bulan itu.

Kementerian itu berkata sejumlah 46,006 rakyat Palestin telah terbunuh dan 109,378 cedera.

Ia berkata wanita dan kanak-kanak membentuk lebih separuh daripada kematian, tetapi tidak menyatakan berapa ramai yang maut adalah pejuang atau orang awam.

Tentera Israel berkata ia telah membunuh lebih 17,000 militan, tanpa memberikan bukti. Ia menyalahkan Hamas atas kematian mereka kerana ia mengatakan militan beroperasi di kawasan perumahan.

Beratus-ratus ribu rakyat Palestin kini bersesak-sesak ke dalam khemah-khemah yang luas di sepanjang pantai dengan akses terhad kepada makanan dan keperluan lain.

Israel juga telah berulang kali menyerang apa yang didakwanya sebagai militan yang bersembunyi di tempat perlindungan dan hospital, sering membunuh wanita dan kanak-kanak.

AN-AP, 09 Jan 2025/21:13