Kertas siasatan kes bekas Timbalan Menteri di JPM sudah dibuka

KUALA NERUS — Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pembabitan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya percaya polis akan melakukan siasatan secara profesional dalam kes berkenaan.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Aduan telah dibuat, polis pun sudah buka ‘IP’ (kertas siasatan), jadi biar proses itu berjalan dulu.

“Sudah tentu pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang, jadi saya tak mahu menimbulkan sebarang spekulasi (dan) saya meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada profesionalisme pada pasukan polis apabila mereka sudah buka fail mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan pembabitan seorang ahli politik tempatan dengan kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, dakwaan itu susulan tular satu video sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang diterbitkan di Indonesia mendakwa seorang ahli politik dan suaminya terbabit aktif dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, jenayah rentas sempadan termasuk kes pemerdagangan manusia di negara-negara ASEAN menunjukkan trend peningkatan.

Katanya, Malaysia juga tidak terkecuali daripada isu sama dan negara-negara ASEAN bersetuju mengambil langkah proaktif mengatasi isu berkenaan.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear