Kertas siasatan pensyarah hina nabi dirujuk ke AGC Selasa ini – KPN

KUALA LUMPUR — Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi, hari ini,

Menurut beliau, setakat ini pihak polis sudah menerima sembilan laporan polis berkaitan itu dan lima individu sudah dipanggil untuk dirakam keterangan untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pihak AGC pada Selasa ini.

“Kita (polis) juga sudah mengambil keterangan lima individu yang terbabit secara langsung,” katanya.

Razarudin sebelum ini mengesahkan pensyarah terbabit sudah dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 25 November lalu.

Lelaki berkenaan hadir bersama peguamnya dan menjawab 23 soalan yang diajukan kepadanya.

Menurut Razarudin, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Pada 21 November lalu, Razarudin mengesahkan polis membuka kertas siasatan berhubung isu itu selepas menerima satu laporan polis sehari sebelum itu.

Pengadu memaklumkan melihat satu hantaran di laman Facebook menyatakan seorang pensyarah dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu konvensyen dikendalikan oleh individu berkenaan.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear