TAWAU – Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama 7 Resak, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.

Saksi pembelaan keenam itu berkata dia bertindak begitu selepas mendapat maklumat bahawa mangsa mencuri wang tertuduh ketiga serta keempat.

“Kira-kira 10.30 malam saya ke bilik asrama 7 Resak bersama tertuduh ke-10 dan tertuduh ketiga dan semasa melintasi tangga, kami terserempak dengan tertuduh kesembilan, yang memberitahu bahawa mangsa sudah mengaku mencuri duit tertuduh ketiga dan keempat.

“Sampai di 7 Resak saya melihat mangsa sedang mengeluarkan duit daripada buku dan saya terus berlari menuju ke mangsa lalu menolak mangsa, tetapi tertuduh kelima menghalang dan bercakap jangan menolak mangsa,” katanya dalam keterangan saksi pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Pada 28 Februari lalu, Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, tertuduh pertama bersetuju dengan cadangan bahawa dia terus berlari ke arah Mohamad Nazmie Aizzat, disebabkan rasa kecewa dan marah kerana mangsa merupakan rakan rapatnya.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi oleh peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.

BH ONLINE-BERNAMA


Facebook Posts

5 days ago

Berita Free

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampung

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook