JERUSALEM, 4 Mei (Xinhua) — Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan pada Sabtu, Aiman Zaarab, komander kanan Briged Jihad Islam Rafah, terbunuh dalam serangan udara di bandar paling selatan Gaza, Rafah.
Zaarab mengarahkan pasukan elit Jihad Islam semasa serangan 7 Oktober ke atas Kibbutz Sufa dan pos tentera Sufa yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza, kata IDF dalam satu kenyataan.
Zaarab telah “menyuruh dan mengarahkan” beberapa serangan, dan sejak beberapa hari lalu, beliau mengetuai persiapan Jihad Islam untuk pertempuran di selatan Semenanjung Gaza menentang tentera Israel, menurut kenyataan itu.
Bersama Zaarab, dua lagi anggota Jihad Islam terbunuh semasa serangan itu, tambah IDF.