COLOMBO — Lebih 15,000 orang terjejas akibat bencana berkaitan hujan di Sri Lanka, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu pada Ahad.

DMC, dalam laporan situasinya, berkata 15,954 orang daripada 4,307 keluarga di tujuh daerah di wilayah Utara, Barat Laut, Sabaragamuwa dan Selatan terjejas akibat bencana seperti banjir, angin kencang dan pokok tumbang.

DMC berkata jumlah tertinggi 7,010 orang telah terjejas di daerah Jaffna di Wilayah Utara.

Hujan lebat melebihi 100 mm berkemungkinan berlaku di beberapa tempat di wilayah Utara, Tengah Utara, Tengah dan Uva serta di daerah Hambantota, menurut Jabatan Meteorologi.

XINHUA