ROME — Lebih 2,000 pelarian maut pada 2024 ketika cuba sampai Eropah, menurut data terbaru dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sumber Itali.

Sekurang-kurangnya 2,200 pelarian dan pendatang dilaporkan mati atau hilang di Laut Mediterranean tahun lalu, kata Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu.

Regina De Dominicis, pengarah Pejabat Serantau UNICEF untuk Eropah dan Asia Tengah, menekankan bahawa kebanyakan mangsa adalah golongan muda.
Dia menggesa kerajaan untuk mengutamakan perlindungan kanak-kanak yang mencari keselamatan di Eropah.

Data awal daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menunjukkan 2,368 kematian atau kehilangan di sepanjang laluan maritim Mediterranean dan Afrika Barat Laut pada 2024.

UNHCR melaporkan 193,448 ketibaan di Eropah menjelang 29 Disember, dengan Itali muncul sebagai titik pendaratan utama bagi pelarian dan pendatang. Greece dan Sepanyol mengikuti rapat di belakang.

XINHUA