KUNMING – Rumah 847 keluarga di Bandar Ruili, Wilayah Yunnan barat daya China yang bersempadan dengan Myanmar, rosak akibat gempa bumi besar yang melanda Myanmar pada Jumaat.
Sehingga tengah hari Sabtu, seramai 2,840 orang di bandar itu, yang terletak kira-kira 300 km dari pusat gempa, telah terjejas, menurut sumber daripada kerajaan perbandaran Ruili.
Berikutan gempa itu, kerajaan tempatan telah mengerahkan pasukan petugas untuk bantuan bencana, memantau bahaya geologi, memeriksa projek pemeliharaan air, membaiki kemudahan elektrik, dan menjalankan penyelenggaraan jalan kecemasan.
Dua orang cedera ringan dalam gempa itu dan telah menerima rawatan perubatan. Kerajaan bandar kini sedang menilai sejauh mana kerugian yang dialami penduduk setempat.
Air, elektrik, pengangkutan dan komunikasi di Ruili telah kembali normal.
Setakat ini gempa bumi yang dahsyat itu telah membunuh 1,002 orang, mencederakan 2,376 dan menyebabkan 30 hilang di Myanmar.
XINHUA