BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerika Syarikat – Lebih 900 trak membawa bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melebihi sasaran harian digariskan dalam perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

“Bantuan kemanusiaan terus bergerak ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada lonjakan yang disediakan untuk meningkatkan sokongan kepada mangsa yang terselamat,” kata pejabat kemanusiaan PBB (OCHA).

Pada Ahad, hari gencatan senjata dikuatkuasakan, 630 trak memasuki Gaza.

Gencatan senjata awal 42 hari antara Israel dan Hamas bertujuan untuk membolehkan lonjakan bantuan yang amat diperlukan untuk Gaza selepas 15 bulan perang.

Perjanjian gencatan senjata memerlukan 600 trak untuk menyeberang ke Gaza setiap hari.

AN-AFP