TEHRAN – Lebih banyak letupan kedengaran di dan dekat ibu negara, Tehran, lewat petang Jumaat.
Rejim Israel seolah-olah meneruskan serangan terhadap wilayah Iran beberapa jam selepas beberapa pusingan serangan dilakukan di dalam Iran dan ketika Angkatan Tentera Iran menyediakan tindak balas.
Sasaran serangan baru tidak jelas.
Rejim Israel memulakan siri serangan tentera ke atas bandar-bandar Iran semalaman pada Jumaat, termasuk di bangunan kediaman di Tehran.
Tentera Israel juga melakukan serangan yang disasarkan terhadap ketua tentera Iran. Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Mejar Jeneral Mohammad Baqeri dan Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Mejar Jeneral Hossein Salami telah dibunuh di Tehran.
Begitu juga Komander Pasukan Aeroangkasa IRGC Brigedier Jeneral Amirali Hajizadeh dan Komander Markas Khatam al-Anbia Mejar Jeneral Gholamali Rashid.
IRNA