SYDNEY – Siasatan sedang dijalankan selepas seorang lelaki maut dalam kebakaran rumah di timur laut Australia.

Polis di negeri Queensland berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa perkhidmatan kecemasan telah dipanggil untuk memadam kebakaran di bandar kecil Warwick, 130 km barat daya Brisbane, pada 9:45 malam waktu tempatan pada Isnin.

Anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian berjaya mengelak api merebak ke hartanah berhampiran dan pemeriksaan seterusnya di rumah itu mendapati seorang lelaki berusia 20 tahun maut di dalam.

“Dua anjing juga mati akibat kebakaran itu,” kata Polis Queensland.

Seorang anggota bomba memberitahu televisyen Seven Network bahawa asap di dalam rumah itu tebal, menjadikan peluang untuk bertahan tanpa alat pernafasan sangat rendah.

XINHUA