Lelaki acu parang bertengkar dengan pengguna jalan raya ditahan

KUALA LANGAT — Berang kerana ditegur muntah dan buang sampah keluar dari tingkap hingga terkena kereta menyebabkan seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan mengacukan senjata tajam dalam kejadian di Telok Panglima Garang, di sini, semalam.

Tular di laman sosial video berdurasi 52 saat memaparkan seorang lelaki dalam keadaan marah memegang parang ke arah pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 10.50 malam.

Beliau berkata, polis tiba kira-kira 10 minit kemudian dan menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang sedang memegang parang.

“Semakan mendapati senjata tajam itu ada bersama suspek semasa kejadian. Pada masa sama, seorang lagi lelaki berusia 23 tahun serta dua wanita masing-masing berumur 22 dan 24 tahun turut ditahan di lokasi.

“Hubungan semua individu terbabit adalah rakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, dua lelaki dan dua wanita itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

“Polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear