Lelaki maut terjatuh lebih 10 meter ketika panjat pokok petai

LARUT — Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter ketika memanjat pokok petai di Kebun Durian di Kampung Changkat Perah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi dengan mangsa, Hafiz Mohd Isa, 54, disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mangsa melakukan kerja kebun termasuk mengambil upah memanjat pokok jering dan petai sejak berusia 20 tahun.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Selama untuk tindakan lanjut,” katanya.

BH ONLINE

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi