Lelaki mengaku bersalah cabul cucu saudara

KUALA KANGSAR — Seorang lelaki mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan mencabul budak perempuan berusia enam tahun yang juga cucu saudaranya.

Lelaki berusia 54 tahun itu mengangguk faham sebelum mengaku melakukan perbuatan itu sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rohaida Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki yang difahamkan bekerja sendiri itu melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual dengan cara memegang kemaluan mangsa berusia enam tahun itu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok di hadapan sebuah rumah di Kampung Kenayat, Gerik pada waktu pagi dalam pertengahan tahun 2024.

Perbuatan itu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Firdaus kemudiannya memohon kepada mahkamah suatu tarikh untuk hukuman dijatuhkan sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Selain itu, pendakwaan turut menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

“Mangsa adalah cucu saudara tertuduh tetapi mereka tidak tinggal bersama. Kami mohon untuk ditangguhkan kerana laporan perubatan masih tak dapat,” kata Muhammad Firdaus.

Ketika mitigasi jaminan, tertuduh menyatakan bahawa dia bekerja sendiri dan tiada tanggungan, namun menghidapi penyakit batu karang yang memerlukan rawatan, selain menyatakan tiada orang yang akan menjaminnya.

Rohaida kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 12 September depan untuk hukuman dijatuhi sementara menunggu laporan perubatan, selain membenarkan syarat tambahan yang dimohon oleh pendakwaan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan lelaki itu direman seminggu kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga cucu saudaranya dalam kejadian di perkarangan sebuah rumah Kampung Kenayat, Gerik.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilaporkan berkata, kejadian berlaku di sebuah pondok dalam kawasan kediaman kakak suspek yang juga adalah nenek mangsa di Kampung Kenayat.

Suspek, ketika kejadian dikatakan menggunakan alasan mengurut mangsa bagi membuang angin dalam badan, hanya ditahan pada 5 Ogos lalu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada sehari sebelumnya iaitu pada 4 Ogos lalu.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear