SEPANG — Lelaki tersepit di bawah teksi selepas dilanggar kenderaan itu ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.57 pagi ini sebelum pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kereta di mana seorang lelaki berusia 40-an tersepit di bawah teksi dan tidak sedarkan diri.
“Mangsa sebelum itu keluar dari keretanya yang terbabit kemalangan sebelum sebuah teksi terlanggar mangsa menyebabkan dia tersepit di bawah kenderaan itu.
“Kerja penyelamatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
BH ONLINE