AMSTERDAM, 27 Mac – Seorang lelaki menikam sekurang-kurangnya empat orang dan ditahan dekat dataran Dam tengah Amsterdam pada Khamis, kata polis Belanda.

“Suspek berjaya diatasi dengan bantuan seorang warganegara… Memandangkan kakinya cedera, dia dibawa ke hospital,” kata polis dalam catatan di X.

Mereka berkata mereka tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa. Motif penyerang tidak jelas dan masih dalam siasatan, tambah polis.

REUTERS


Facebook Posts