Lori jatuh ke laut, seorang lelaki ditemukan lemas

SHAH ALAM — Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut susulan kemalangan membabitkan sebuah lori (haulier) di dermaga Pelabuhan Barat, Klang tengah hari tadi ditemukan lemas sekitar jam 5 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa, warga tempatan, Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, yang bekerja sebagai ‘terminal tractor operator’ ditemui pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian pada kedalaman 13 meter.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, saksi kejadian memaklumkan, lori berkenaan yang sedang parkir di tepi tiba-tiba laju seterusnya melanggar penghadang sebelum terjatuh ke dalam laut.

Terdahulu media melaporkan JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 12.42 tengah hari.

Susulan itu empat pegawai dan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu 13 anggota Bomba Westport dan tiga anggota BBP Shah Alam bersama sebuah bot.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pelabuhan Klang.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear