BEIRUT – Kementerian kesihatan Lubnan berkata serangan Israel ke atas kenderaan di selatan Lubnan pada Sabtu mencederakan tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak, di tengah-tengah gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah selepas dua bulan perang habis-habisan.
“Serangan musuh Israel ke atas sebuah kereta di Majdal Zoun mencederakan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun,” kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.
AN-AFP