KUALA LUMPUR — Mahasiswa Universiti Malaya (UM) kecewa susulan tindakan universiti itu yang menutup serta merta dua premis jualan runcit 24-jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.

Mahasiswa, Habib Khadzromi, 21 berkata sebagai mahasiswa yang tinggal di kawasan kolej, premis itu sangat membantunya membeli makanan atau barang keperluan dengan cepat dan mudah.

“Bila ia ditutup, agak menyusahkan juga kerana terpaksa keluar kampus atau mencari alternatif lain yang jauh. Ini sedikit sebanyak mengganggu rutin harian. Saya terpaksa merancang lebih awal untuk membeli makanan atau barangan keperluan.

“Sebelum ini, saya boleh membeli barang keperluan dengan mudah pada bila-bila masa. Sekarang saya perlu keluar ke tempat yang lebih jauh atau tunggu sehingga hujung minggu untuk membeli barang keperluan,” katanya kepada BH.

Semalam BH melaporkan UM menutup serta merta dua premis jualan runcit 24 jam bagi memberi ruang agar siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

“Premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

BH ONLINE