Mayat kanak-kanak mungkin ada kaitan dua mayat ditemui semalam – Polis

ALOR SETAR — Polis percaya mayat kanak-kanak lelaki ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah, hari ini ada kaitan dengan pembunuhan dua beranak.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah, berkata siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan seperti dikelar pada leher kanak-kanak warga Myanmar berusia dua tahun itu.

Katanya, mangsa dipercayai anak bongsu kepada lelaki warga Myanmar berusia 43 tahun yang ditahan polis di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang, di sini yang disyaki membunuh isteri dan anak sulungnya yang berusia 10 tahun.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu ditemui semalam dalam longkang di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala, di sini.

“Berdasarkan keterangan saksi, ada yang mendakwa ternampak kelibat suspek bersama seorang anaknya berjalan di sekitar kawasan Jalan Pegawai itu.

“Namun, anak bongsunya tidak kelihatan tetapi saksi mengatakan ketika itu terdengar bunyi seperti orang terjun pada hari kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, polis percaya semua mangsa yang ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh pada 18 Ogos lalu, sebelum mayat ibu dan anak ditemui semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang itu ketika bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan mereka dipercayai berjalan kaki sejauh kira-kira 17 kilometer dari Simpang Kuala Ke Bukit Pinang.

“Berdasarkan keterangan saksi, lima beranak itu termasuk suspek sebelum ini tinggal di bawah jambatan sebelum berpindah ke bangunan terbiar di lokasi dua beranak ditemui semalam.

“Hasil siasatan mendapati, suspek positif dadah jenis syabu, ganja dan morfin.

“Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kejadian berlaku. Kita tidak menolak berkemungkinan disebabkan keadaan daif mereka, selain di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Adzli berkata, polis turut merampas sebilah parang dan akan dihantar untuk dianalisis.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear