MELAKA — Polis menafikan video tular mengaitkan penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel dan mengalami luka pada badan di kawasan pantai Eye On Melaka adalah kes bunuh dan kerat, sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sehubungan itu, polis meminta dan menasihati orang ramai tidak sewenangnya berkongsi maklumat tidak sahih hingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 3.30 petang Rabu lalu, memaklumkan seorang lelaki ditemui dan tanpa pakaian di kawasan lapang di tepi pantai Eye On Melaka.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, pihaknya ke lokasi untuk melakukan siasatan dan mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di pasir sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Melaka.

Katanya, anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur perbuatan jenayah dikesan.

“Mayat mangsa warga tempatan itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan dibedah siasat Khamis lalu dan punca kematian disahkan akibat serangan jantung,” katanya.

Katanya, kesan luka pada badan mayat berkemungkinan akibat gigitan haiwan liar.

Sementara itu, berdasarkan video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial dan dikongsikan di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang lelaki terlentang tanpa pakaian dan terdapat sebuah kereta peronda polis di lokasi.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Berita Free

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampung

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Berita Free

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook