BAGHDAD — Penentangan Islam di Iraq, kumpulan militia Syiah, pada Ahad mengaku bertanggungjawab atas dua serangan dron ke atas tapak di selatan Israel.

Menurut kenyataannya, pejuang kumpulan itu melancarkan serangan dron berasingan, satu di ‘tapak penting’ dan satu lagi di ‘tapak tentera’ di selatan Israel.

Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut tentang tapak yang disasarkan atau melaporkan sebarang kemalangan jiwa.

Kumpulan militia Iraq menyatakan serangan dron itu dilakukan “sebagai solidariti dengan rakyat kita di Palestin dan Lubnan,” sambil menambah ia akan terus menyasarkan “kubu kuat musuh pada kadar yang semakin meningkat.”

Sejak tercetus konflik Israel-Palestin di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023, Penentangan Islam di Iraq berulang kali menyerang kedudukan Israel dan AS di rantau itu bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Militia itu telah meningkatkan serangannya ke atas Israel selepas serangan lebih kuat terhadap Hizbullah di seluruh Lubnan pada 23 September.

XINHUA