Misirah maut diserang gajah, polis dedah pelbagai kecederaan dialami mangsa

KLUANG — Punca kematian penoreh getah warga emas yang diserang gajah di Jalan Felcra Batu 29, Kahang, dekat sini pagi tadi, disebabkan pelbagai kecederaan serius pada organ selain pendarahan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata Misirah Saniman, 75, mengalami patah tulang rusuk kiri dan kanan, pendarahan dalam dada, koyakan pada jantung, patah tulang belakang dan pendarahan dalam perut akibat koyakan pada hati.

Katanya, tiada unsur jenayah atau khianat ke atas tubuh badan wanita itu dalam kejadian kira kira 8 pagi berkenaan.

“Pada 7 pagi pegadu, Razali Rabon, 64, seorang peniaga telah ternampak mangsa yang tidak sedarkan diri akibat diserang oleh gajah. Pengadu terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kahang Batu 22 untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pada jam 8.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan sambil memaklumkan siasatan mendapati terdapat kesan tapak kaki gajah liar di lokasi kejadian dan polis turut menjumpai cermin mata serta alat menoreh getah milik mangsa.

Katanya, jenazah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang dan hasil bedah siasat kemudian, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, media melaporkan wanita warga emas maut, dipercayai diserang gajah semasa sedang menoreh getah di Jalan Felcra Batu 29, kira-kira jam 8 pagi.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear