BESUT – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Gong Jaga, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh, berkata mangsa, Abdullah Yamin Abdullah, 25, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Besut kira-kira jam 11.15 malam.

Katanya, mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta di laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Kampung Tok Raja-Alor Lintah di Kampung Gong Jaga dekat sini pada kira-kira jam 7.10 petang.

“Kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Alor Lintah ke Kampung Tok Raja secara tiba-tiba hilang kawalan, menyebabkan dia terlanggar belakang kiri kereta PERODUA Viva.

“Susulan itu, mangsa jatuh ke laluan bertentangan dan pada masa sama, kereta Toyota Avanza dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut, tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 malam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pihak yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Shafiqqul Aliff Mohamad Sobri di talian 011-10929400,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

4 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook