
MUNICH – Thomas Mueller akan meninggalkan Bayern Munich selepas 25 musim di kelab itu pada penghujung kempen, pemain tengah veteran itu mengumumkan di media sosial pada Sabtu.
Mueller, yang datang melalui sistem junior Bayern dan telah memenangi dua Liga Juara-Juara bersama 12 gelaran Bundesliga, berkata keputusan itu dibuat oleh kelab dan “bukan apa yang saya harapkan”.
Pemain berusia 35 tahun itu, pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman, tidak mendedahkan di mana dia akan bermain musim depan.
AN-AFP