NEW YORK – Sebuah helikopter terhempas ke dalam Sungai Hudson di sekitar Pier 40 di Manhattan, New York City, pada petang Khamis membunuh semua enam orang di dalamnya, kata Datuk Bandar New York City Eric Adams pada sidang media.
Termasuk seorang juruterbang, dua dewasa dan tiga kanak-kanak, menurut Jessica Tisch, pesuruhjaya Jabatan Polis Bandar Raya New York (NYPD).
Beliau berkata empat orang diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi di hospital.
Dilaporkan bahawa lima penumpang itu adalah pelancong dari Sepanyol.
Helikopter itu hilang kawalan sejurus selepas membelok di Jambatan George Washington untuk bergerak di sepanjang garis pantai New Jersey, dan siasatan sedang dijalankan untuk punca nahas, menurut Tisch.
Helikopter itu, Bell 206, model yang digunakan secara meluas dalam penerbangan komersil dan kerajaan, terbahagi kepada dua sebelum ia jatuh sekitar jam 3:15 petang waktu tempatan, lapor media tempatan.
Ini adalah nahas helikopter paling maut di kawasan New York City sejak 2018.
XINHUA