
Baju merah saga
Solat hari Jumaat
Ibu kami jaga
Hingga akhir hayat
Biji-biji saga
Jatuh dua tiga
Apa nak dikata
Bapa sudah gila
Kalau mengutip buah saga
Jangan dibuang ke dalam kolong kalau hendak maju berniaga Jangan terikat dengan Along
Kereta kita Proton Saga
Tujuh jenama keluaran Negara
Biar pandai berurus niaga
Mimpi jangan jutawan segera
Adik beradik berbaju chongsam Rama-rama berwarna saga
Carik-carik bulu ayam
Lama-lama bercantum juga
Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman
Saga-saga pancung sekali
Tinggal kampung tinggal halaman
Ada telaga bekas kumandi
Saga serumpun di hulu sungai
Buat pengikat bilah dapur
Adik sepantun getah punai
Lekat tak lekat bulu bertabur
Buah saga buah berangan
Buah mengkudu buah kepayang Segalanya hilang dari pandangan Aku rindu ibuku sayang
Laksamana mudik beredap Bergalah sahaja perahunya tidak Laksana bunga dedap
Merah sahaja berbaunya tidak
Kalau kalah main terup
Makan buah mengupas kulit Berkuah sama menghirup Bersambal sama mencolek
Jelatik burung jeladan
Tekukur terbang tinggi
Sudah cantik sama padan
Sudah diukur sama tinggi
Pun tali pun
Anak ayam bulu balik
Dalam perintah Jepun
Kita makan ubi keledek
Nak takuk, takuklah
Supaya senang hendak meniti
Nak katuk, katuklah
Jangan sampai menjadi mati
Buah putat buah delima
Buah saga berwarna merah
Tuah adat tuah bersama
Tuah menjaga nama dan maruah
Baca surat Al-A’laa
Baju merah saga
Sampai bila-bila
Ibu kami jaga
Pisau peraut baru bertuang
Beri bertali rotan saga
Rantau diturut dengan undang Negeri dihuni dengan lembaga
Duanya batang keladi moyang Tiganya urat batang saga
Kita senenek serta semoyang
Kita seadat dan selembaga
Jika ke kebun Dato Penghulu Ambilkan saya biji saga
Jika tuan mati dahulu
Tunggu saya di pintu syurga
Dari Pattani turun ke Perlis
Naik kereta Proton Saga
Bernyanyi berpantun penyeri majlis
Sudah berpantun kita berniaga
Apa khabar tamu Acheh
Kalau Acheh rasinya
Macam mana berkasih
Kalau kasih ada budinya
Mengail Kuala Tanjung
Ketam tidak berjari
Kalau kucing pandai berdayung Tikus juga pandai kemudi
Burung Perling muka merah
Murah beralun pintu
Emak jeling katakan marah Perangainya memang begitu
Bagaimana mengail udang
Lepas ditarik dienjut pula Bagaimana bermain bujang
Lepas senyum ketawa pula
Ayun pak pek pak pong
Ayun laju laju
Apa kakak dukung
Dukung kucing kelabu
Assalamualaikum salam
Kayu birah dimakan api
Siapa lalu semalam
Baju merah gelang di kaki
Papariala papariaman
Papariala di dalam peti
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tuala pembalut hati
Merokok tembakau Padang
Asap menjulang ke udara
Tinggal adik tinggallah sayang Abang ditempuh sengsara
Kapak sekali ini
Entah membelah entahkan tidak Berdagang sekali ini
Entahkan kembali entahkan tidak
Laksamana menyukat beras
Sukat mari segantang padi
Timbang baik kalau jelas
Baru senang berjual beli
Sirandah daunnya hijau
Ambil sepenggal akan pelacut Tinggi rendah mata meninjau
Akan mencari lawanan patut
Anik-anik daun kedayan Sungguhnya anik pembungkus nasi
Anik-anik kedayan
Sungguhnya anik berani mati
Panggang simbubu tak bertulang Entahkan pandan meluruti
Emak di kubur takkan pulang Entahkan badan menuruti
Mali-mali hujung pangkalnya
Asam kandis asam gelugur
Kembalilah dagang asalnya
Duduk menangis pintu kubur
Kelapa muda muda juga
Kelapa tua dibuat inti
Suka suka juga
Sembahyang kita jangan dihenti
Hari ini hari Sabtu
Besok hari Ahad
Pergi sembahyang lima waktu
Baru nabi mengaku umat
Hari ini hari Isnin
Besok hari Selasa
Jika masuk kaum muslimin Mudah-mudahan terlepas seksa
Hari ini hari Arba’a
Besok hari Khamis
Segala ingat segala qada
Malaikat Katibin sedia menulis
Burung belatuk jambul merah Sepakat dengan rajawali
Minta ampun kepada Allah
Minta syafaat kepada nabi
Penat sudah saya kemudi
Tidak sampai Gunung Daik
Penat sudah saya berbudi
Tidak juga dapat baik
Orang menggali ubi
Ubi digali lagi muda
Penat saya menabur budi
Belum juga mendapat jasa
Senggarang Batu Pahat
Emak garang bapa jahat
Wayang balik pintu
Kain balik dinding
Pinang anak datu
Jatuh pelepah belimbing
Pucuk putat layu
Pucuk pauh kembang
Duduk dekat malu
Duduk jauh bimbang
Bunga sena datuk
Kembang tajul Malai
Selawat pinang datuk
Masuk jenung balai
Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga sena
Buah labu masak
Masak hujung julai
Apa jamu kakak
Jamu nasi gulai
Ayam bulu balik
Telur atas para
Abang baru balik
Tidak bawa apa
Gelongsor tebing tinggi
Cerahnya belukar
Kalau ukur sama tinggi
Kalau sudah sama besar
Tetak tebu betung
Sandar pokokinai
Selawat gajah Tuk Dong
Saya nampak Tuk Nai
Tang-tang buku
Kerakap daun puding
Pak Itam tak malu
Ditampar dek kucing
Mengail Sungai Dua
Umpan pucuk keledek
Tua samalah tua
Sama-sama mencincang gobek
Ke bilik ke dapur
Gulai ayam pedas
Itik yang bertelur
Ayam yang menetas
Jeling-jeling paku
Paku masak lemak
Siapa jeling aku
Aku cakap pada emak
Ikan puyu lemak
Masak kuah lada
Intan rangkul emak
Buah hati emak juga
Hujan renyai-renyai
Pacat naik kaki
Orang bujang ramai-ramai
Pakat cari laki
Balai Cik Wan kecil
Bentuk panjang lima
Bertunang dari kecil
Menikah bulan lima
Serindit terbang rendah
Terbang mari menyongsong angin
Siapa tauhid kepada Allah
Masuk syurga jannatunnaim
Datang sudah kapal suluk
Singgah merapat Sandakan
Berapa tinggi bunga dijolok
Baik budi mendapatkan
Bagaimana tidak diikat
Kain batik sama sujinya
Bagaimana tidak diingat
Orang baik bahasa budinya
Bakawali akar seruntun
Mari disimpan di dalam kotak
Kirim salam di dalam pantun
Adakah sampai atau tidak