RIYADH — Pasukan pemeriksa daripada agensi bantuan Saudi KSrelief baru-baru ini melawat salah satu projek perumahan pusat itu di kem pelarian Rohingya di kawasan Cox’s Bazar di Bangladesh.

Penolong penyelia besar KSrelief bagi perancangan dan pembangunan, Aqeel Al-Ghamdi, berkata tempat perlindungan sedang disediakan untuk pelarian terjejas akibat kebakaran yang dahsyat di kem-kem terbabit.

Setakat ini 300 daripada keseluruhan 410 unit rumah telah selesai didirikan dengan bakinya dijangka tidak lama lagi, katanya.

Tahun lalu, pusat itu menghantar 500 tempat berteduh ke Cox’s Bazar yang digunakan untuk menempatkan 3,000 orang daripada 590 keluarga Rohingya.

Semasa lawatan pemeriksaan, pasukan KSrelief juga ke Hospital Khusus Okiya, dan Hospital Daerah Sadar, di Cox’s Bazar dan menyemak perkhidmatan sokongan pusat itu termasuk bekalan perubatan.

AN