Pekerja kedai perkakasan didakwa langgar anggota polis, miliki dadah

GEORGETOWN — Seorang pekerja kedai perkakasan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menggunakan kekerasan dengan melanggar anggota polis pada Selasa lalu.

Tertuduh, Khor Chin Seong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memecut laju motosikal dan melanggar Konstabel Mohamad Syazwan Alif Mohd Sirah yang melaksanakan tugasnya sebagai penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam kawasan Klinik Kesihatan Sungai Dua dalam Daerah Timur Laut pada jam 8.30 pagi, 30 Julai lalu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohd Adi Uzairi Mohd Basri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nadratun kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 11 September depan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan memiliki heroin seberat 10.35 gram di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan stesen Petronas Relau, Jalan Paya Terubong, di sini pada jam 10.35 pagi, 31 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun dan sebat antara tiga hingga sembilan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintendan Siti Hajar Jaafar dan tiada jaminan dibenarkan bagi kesalahan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 7 Oktober depan sementara menunggu laporan kimia.

Pada 1 Ogos lalu media melaporkan, seorang lelaki disyaki pengedar dadah melanggar seorang konstabel polis hingga cedera di beberapa bahagian badan ketika Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek ditahan sehari selepas kejadian hasil maklumat dan risikan dijalankan polis.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear