CHUKAI — Polis menahan pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dipercayai mencabul seorang penumpang wanita dalam kejadian yang didakwa berlaku di Plaza Tol Chukai, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di Kuala Terengganu, kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurutnya, suspek yang masih bujang itu sudah dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapat perintah tahanan reman.

“Kita telah mendapat perintah reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas pemandu bas terbabit dijalankan mengikut Seksyen 354 kanun keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, penumpang bas wanita berusia 23 tahun itu mendakwa dicabul pemandu bas terbabit kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa menaiki bas dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual di Marang mendakwa kejadian itu berlaku di tingkat atas bas terbabit ketika dia sedang tidur.

BH ONLINE

LATEST POSTS