BEIRUT – Pemantau perang Syria berkata pada Khamis, lebih 130 pejuang terbunuh dalam pertempuran antara tentera dan kumpulan militan di utara negara itu, ketika kerajaan juga melaporkan pertempuran sengit.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain berkata jumlah korban dalam pertempuran yang bermula sehari lebih awal selepas militan melancarkan serangan “meningkat kepada 132, termasuk 65 pejuang” dari Hayat Tahrir Al-Sham, 18 daripada puak bersekutu “dan 49 anggota pasukan rejim.”

AN-AFP