Pemasang jubin curi pakaian dalam ‘dihantar’ ke penjara, gagal bayar denda

MUAR — Pekerja pemasangan jubin dihantar ke penjara selepas gagal membayar denda RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri pakaian dalam milik seorang remaja wanita, Sabtu lalu.

Tertuduh, Kh’ng Poh Siang, 30, yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes curi, sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri seluar dalam milik remaja berusia 16 tahun di sebuah rumah di Jalan Haji Jabbar, di sini, jam 4.30 pagi, 17 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan serta penjara dan sebat untuk kesalahan kedua.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 6 pagi, pengadu yang juga abang ipar mangsa mendapati kediamannya diceroboh seseorang melalui bahagian tepi.

Hasil pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelibat tertuduh memasuki kediaman dan mencuri pakaian dalam milik adik ipar pengadu.

Bertindak atas maklumat dan laporan dibuat pengadu, polis berjaya menahan tertuduh di sebuah rumah sewa di Jalan Lama, di sini, yang turut dijadikan tempat simpanan pakaian dalam dicuri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Tan Xi Ran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sebelum dijatuhi hukuman, pihak pendakwaan memaklumkan pada mahkamah bahawa tertuduh pernah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada 2019.

“Berdasarkan rekod lampau, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayarnya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear