Pemimpin Taliban larang tingkap menghadap ke kawasan wanita

KABUL — Pemimpin tertinggi Taliban mengeluarkan perintah melarang pembinaan tingkap di bangunan kediaman yang menghadap kawasan digunakan wanita Afghanistan dan mengatakan tingkap sedia ada harus disekat.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan lewat Sabtu oleh jurucakap kerajaan Taliban, bangunan baharu tidak sepatutnya mempunyai tingkap yang boleh melihat “halaman, dapur, perigi jiran dan tempat lain yang biasa digunakan oleh wanita”.

“Melihat wanita bekerja di dapur, di halaman rumah atau mengumpul air dari perigi boleh membawa kepada perbuatan lucah,” menurut dekri disiarkan oleh jurucakap kerajaan Zabihullah Mujahid di X.

Pihak berkuasa perbandaran dan jabatan lain yang berkaitan perlu memantau tapak pembinaan bagi memastikan tidak dapat melihat ke dalam rumah jiran.

Sekiranya tingkap sedemikian wujud, pemilik akan digalakkan untuk membina tembok atau menghalang pandangan “untuk mengelakkan gangguan yang disebabkan oleh jiran,” kata dekri itu.

AN-AFP

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi